APA ITU MATAWANG/ASET DIGITAL KRIPTO


APA ITU MATAWANG/ASET DIGITAL KRIPTO?
Aku rasa sekarang ni ramai dah pernah dengar pasal kripto & Bitcoin (BTC), tapi adakah kalian faham apa itu kripto? Dan kenapa ia semakin popular?
Kripto a.k.a cryptocurrency adalah sejenis matawang digital (tapi di Malaysia, kerajaan tidak iktirafnya sebagai matawang, tapi kita sebut as aset digital). Kripto adalah aset digital yang tiada bentuk fizikal namun boleh di-trade peer-to-peer (P2P), dari individu kepada individu lain tampa orang tengah seperti bank atau sebarang institusi.
Kebanyakkan kripto beroperasi sepenuhnya secara nyahpusat (decentralized), bermaksud kripto secara umumnya tidak beroperasi dibawah kawalan agensi kerajaan mahupun bank. Dan kadar transaksi berlaku secara cepat & mudah pada sesetengah kripto.
Bayangkan untuk menghantar kripto bernilai RM10,000.00 dari Malaysia ke Jepun atau Afrika hanya mengambil masa seminit dengan kadar yang minimum! Semuanya berlaku ketika anda bersantai-santai sambil menonton drama TV3.
Bitcoin (BTC) merupakan kripto pertama yang dicipta pada 3 januari 2009 oleh seseorang yang bernama "Satoshi Nakamoto". BTC telah menjadi market leader dalam dunia kripto, akan tetapi berdozen matawang digital kripto baharu tercipta setiap hari.
Sebenarnya aset digital kripto itu bukanlah hanya dirujuk kepada Bitcoin semata-mata, akan tetapi juga di-refer kepada altcoin (kripto lain selain Bitcoin), termasuklah stablecoin (e.g USDT, USDC, BUSD ect) atau token (e.g LINK, DAI, DAO ect).
Aset digital kripto adalah bernilai. Sesetengah dari mereka mempunyai fungsi seakan matawang fiat. Contohnya, fungsi membahagi (divisibility), fungsi memelihara nilai (preservation of value) atau penukaran aset lain (exchangeability).
Namun kebanyakan kerajaan negara di dunia tidak mengakuikan kripto sebagai matawang rasmi.
Tapi ada pengecualian! Pada September 2021, Republik El Salvador telah mengangkat & mengakui Bitcoin sebagai matawang sah republik berkenaan. Juga kebelakangan ini, di beberapa negara di dunia, Bitcoin dianggap "se-kasta" dengan duit fiat seperti USD, EURO dan PLN.
Contohnya di Malaysia, kripto di anggap sebagai aset digital, maka beberapa jenis kripto didagangkan secara sah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC Malaysia).
Selain Bitcoin, terdapat juga kripto lain yang boleh kalian ambil perhatian dan membuat analisis kendiri. Seperti;-
  • Mengambil tahu bagaimana kripto itu dicipta.
  • Apa projek yang dibuat.
  • Bagaimana kripto itu menyelesaikan masalah, atau
  • Sama ada ia berpeluang untuk terus berkembang.
Disini aku list-kan beberapa jenis kripto lain selain BTC yang diluluskan oleh SC Malaysia (juga patuh syariah ya!):
  • Etherium (ETH)
  • Cardano (ADA)
  • Chainlink (LINK)
  • Litecoin (LTC)
  • Uniswap (UNI)
  • Solana (SOL)
  • Ripple token (XRP)
  • Bitcoin Cash (BCH)
Kripto dibina dengan pelbagai alasan dan sebab. Satu daripadanya adalah keinginan memelihara privasi pengguna. Aset digital dalam bentuk kripto adalah sumber alternatif mengantikan duit fiat dimana transaksi berlaku dalam keadaan sulit dan privasi.
Macam aku tulis kat atas, sistem kripto tidak memerlukan pihak ke-3 untuk menyudahkan transaksi (berbeza ya dengan fungsi node, next tajuk pulak bincang!).
====================================
Bagi mereka yang tercari-cari platform pelaburan aset digital kripto aka cryptocurrency yang selamat dan lulus Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, kalian boleh muat turun apps LUNO di pautan dibawah:
Mula melabur dengan dana serendah RM1.00! Tapi jika kalian;-
Buat pembelian BTC sekurang-kurangnya RM250.00 dan kalian akan dihadiahkan BTC bernilai RM25.00 percuma!
Masukkan referal code: DH8XW4 waktu proses registrasi akaun kalian.
#asetdigitalkripto #cryptocurrency #BTC



Comments

Popular posts from this blog

Langkah mudah dapat RM25 dgn daftar LUNO utk trading kripto

Daftar Luno Malaysia